^^ Greeting

Friday 30 December 2011

Pencari Cinta Ilahi Dan Pencari Keduniaan

Bila kita dikelilingi dengan orang yang sentiasa ingin mengejar akhirat
Lebih mudah untuk kita turut sama menginfakkan hidup kita di jalan Allah
Tetapi terlalu sukar hidup ini apabila kita sentiasa dikelilingi manusia yang taksub mengejar kejayaan di dunia tapi ingkar perintah Allah yang paling asas seperti solat.
Mereka membuatkan hidup seorang muslim sukar


Memang patutlah Allah perintahkan bahawa kita dilarang dipimpin oleh seorang kafir
Kerana mereka tidak akan faham syariat Allah
Mereka tidak bersolat, berpuasa dan sebagainya
Jadi mereka tidak akan memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan perintah Allah
Tetapi bagaimana pula muslims sendiri yang menyukarkan kehidupan muslims yang lain??


Wahai muslims, permudahkanlah kehidupan muslims yang lain dengan mengikuti perintah Allah
Kalau tidak sekalipun, berilah peluang kepada manusia yang sedang berusaha mencari cintaNYA


Ya Allah... Permudahkan perjuanganku... Hanya engkau berhak dan berkuasa sepenuhnya ke atas diriku..

Sunday 25 December 2011

Fear Only To Allah

Jangan biarkan hamba menangisi segala dugaan dunia
Biarkanlah hamba menangis kerana inginkan keredhaan-Mu
Menangis kerana takutkan-Mu
Serta kemurkaan-Mu
Bukan menangis kerana takut kiamat dan neraka-Mu
Sesungguhnya hanya engkau berkuasa membolak-balikkan hati manusia


I don't really care what people judge of me
But I care what and how Allah judge me
I don't really scare what people will think and do to me
But I scare what and how Allah will think and do to me

Saturday 24 December 2011

Tempat Mengadu Terbaik

Ketika usia remaja atau ketika hidup masih berseorangan
Allahlah tempat kita mengadu yang utama dan sebaik-baik tempat meluahkan segala masalah
Tetapi apabila hidup bersuami-isteri
Suamilah orang tempat mengadu selepas Allah


Jangan mudah mengadu masalah hidup kita kepada orang yang salah
Seperti boyfriend atau girlfriend
Sesiapa sahaja yang kita punyai perasaan terhadapnya
Dari situlah syaitan mudah memerangkap kita


Usia remaja atau zaman single (Sebaik-baik tempat mengadu  & betul)

  • Allah
  • Ibubapanya
  • Family
  • Sahabat sejantina

Bukan ajnabi, abang angkat , abang-abang senior atau ustaz sekalipun


Tiada alasan yang kukuh untuk kita mengadu selain daripada orang yang sejantina dengan kita


"Allahlah tempat terbaik dan utama untuk mengadu
Berkasih sayanglah terhadap ibubapa dan keluarga kerana mereka dekat
Bercintalah dengan sahabat sejantinamu."


Agar iman dan hati terpelihara dari noda kata-kata manis lelaki atau perempuan
Ia adalah kelemahan manusia
Mudah lemah dengan luahan manis 
Sedangkan kata-kata manis itu hanya tipu daya syaitan


Bertahanlah wahai akhi dan ukhti ^_^
Anda mampu mengawal syahwat
Syaitan ingin memerangkapmu dan Allah sedang mengujimu..

Friday 23 December 2011

Berlari Ke Arah-Mu

Sesungguhnya Allah akan menggantikan gelak ketawa riang semasa engkau memilih jalan duniawi dengan tangisan keperitan dunia ketika engkau menuju jalan-Nya
Jangan risau... 
Allah sedang menguji kekuatanmu
Adakah engkau akan berpaling dari-Nya disebabkan kesusahan dan dugaan ketika memilih jalan para pencari cinta Allah
Jangan engkau ulang lagi perbuatanmu dahulu
Semasa Allah mengujimu dengan dugaan dunia
Tetapi engkau terus berpaling dari-Nya kerana ujian yang kecil
Engkau tidak mampu bertahan lama lalu memilih untuk lari dari-Nya
Pergi dari kasih sayang-Nya
Sedarlah...
Bahawa sejauh mana pun engkau hendak lari dari dunia, Allah tetap memberi ujian dan dugaan
Kerana....... 


ALLAH SAYANGKAN HAMBANYA


Ujian di dunia merangkumi perkara menggembirakan dan menyedihkan atau keperitan dan kesenangan.
Dan ia terpulang kepada diri hambanya untuk menempuh dugaan di bawah jalan keredhaan-Nya atau semakin jauh dari-Nya.
Semoga kita sentiasa kembali ke jalan-Nya
Amiin...

Thursday 22 December 2011

Bermujahadahlah.. Jangan Berputus Asa

Sesungguhnya hidup ini semakin hari semakin perit untuk dilalui
Tetapi tidak akan ku berputus-asa dengan mudah
Walaupun beberapa kali ku terjatuh kerana sikapku sendiri
Bangkitlah semula
Ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama
Dan sebenarnya Allah sedang menguji
Sabarlah wahai diri


Don't grab too much pleasure of this dunya, this temporary life.


"The life of this world compared to hereafter is as one of you were to put his finger in the ocean and take it out again and compare the water that remains on his finger to the water that remains in the ocean."
(Prophet Muhammad pbuh, Sahih Muslim)