^^ Greeting

Saturday 24 December 2011

Tempat Mengadu Terbaik

Ketika usia remaja atau ketika hidup masih berseorangan
Allahlah tempat kita mengadu yang utama dan sebaik-baik tempat meluahkan segala masalah
Tetapi apabila hidup bersuami-isteri
Suamilah orang tempat mengadu selepas Allah


Jangan mudah mengadu masalah hidup kita kepada orang yang salah
Seperti boyfriend atau girlfriend
Sesiapa sahaja yang kita punyai perasaan terhadapnya
Dari situlah syaitan mudah memerangkap kita


Usia remaja atau zaman single (Sebaik-baik tempat mengadu  & betul)

  • Allah
  • Ibubapanya
  • Family
  • Sahabat sejantina

Bukan ajnabi, abang angkat , abang-abang senior atau ustaz sekalipun


Tiada alasan yang kukuh untuk kita mengadu selain daripada orang yang sejantina dengan kita


"Allahlah tempat terbaik dan utama untuk mengadu
Berkasih sayanglah terhadap ibubapa dan keluarga kerana mereka dekat
Bercintalah dengan sahabat sejantinamu."


Agar iman dan hati terpelihara dari noda kata-kata manis lelaki atau perempuan
Ia adalah kelemahan manusia
Mudah lemah dengan luahan manis 
Sedangkan kata-kata manis itu hanya tipu daya syaitan


Bertahanlah wahai akhi dan ukhti ^_^
Anda mampu mengawal syahwat
Syaitan ingin memerangkapmu dan Allah sedang mengujimu..

No comments:

Post a Comment