^^ Greeting

Friday 30 December 2011

Pencari Cinta Ilahi Dan Pencari Keduniaan

Bila kita dikelilingi dengan orang yang sentiasa ingin mengejar akhirat
Lebih mudah untuk kita turut sama menginfakkan hidup kita di jalan Allah
Tetapi terlalu sukar hidup ini apabila kita sentiasa dikelilingi manusia yang taksub mengejar kejayaan di dunia tapi ingkar perintah Allah yang paling asas seperti solat.
Mereka membuatkan hidup seorang muslim sukar


Memang patutlah Allah perintahkan bahawa kita dilarang dipimpin oleh seorang kafir
Kerana mereka tidak akan faham syariat Allah
Mereka tidak bersolat, berpuasa dan sebagainya
Jadi mereka tidak akan memberi peluang kepada kita untuk melaksanakan perintah Allah
Tetapi bagaimana pula muslims sendiri yang menyukarkan kehidupan muslims yang lain??


Wahai muslims, permudahkanlah kehidupan muslims yang lain dengan mengikuti perintah Allah
Kalau tidak sekalipun, berilah peluang kepada manusia yang sedang berusaha mencari cintaNYA


Ya Allah... Permudahkan perjuanganku... Hanya engkau berhak dan berkuasa sepenuhnya ke atas diriku..

No comments:

Post a Comment